Friday, May 3, 2013

N19 RHU RENDANG


MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh
: ABD HADI BIN AWANG
Umur
: 66 Tahun
Tempat Tinggal
: Kampung Masjid Rusila, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Facebook
: Abdulhadiawang
Twitter
 : @abdulhadiawang
Blog
: http://presiden.pas.org.my
PENDIDIKAN
  1. Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah - biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi (1969 - 1973)
  2. Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)
PENGALAMAN PEKERJAAN
  1. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi.
  2. Di Mesir pula, beliau terlibat di dalam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM)
  3. Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
  4. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
JAWATAN DALAM PARTI
  1. Presiden PAS
  2. Ketua Pemuda PAS Terengganu
  3. EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat
  4. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1977)
  5. Timbalan Presiden PAS (1989)
  6. Ketua Lujnah Tarbiah PAS pusat sejak Dato Ari Hj Muda shingga Kini
  7. Presiden PAS (2001 - Kini)
  8. Menteri Besar Terengganu Ke11 (1999-2004) 
  9. Ketua Pembangkang di Parlimen
KHIDMAT MASYARAKAT
  1. Mula terlibat sebagai calon pada tahun 1978. Bermula 1982 memenangi kerusi DUN selama 7 penggal berturut turut sehingga sekarang dan mewakili Parlimen selama empat penggal berturut turut melainkan tahun 2004 - 2008
  2. Ahli Majma' Taqrib di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
  3. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
  4. Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan bagi berunding usaha damai Bosnia.
  5. Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
  6. Mengasaskan Penubuhan Muassasah  Al Quds  Antarabangsa “ bersama Sheikh Al Qordawi di Lubnan dan pimpinan utama Islam Antarabangs  sebagai front utama membela rakyat Palestin dan meminpinnya sahingga  kehari ini .
  7. Pendamai Antarabangsa  : Tuan Guru Haji Abdul Hadi berperanan langsung bersama Seketeriat Gerakan Islam dan Ahli ahli Parlimen Islam Antarabangsa sebagai perunding damai menyelesaikan konflik besar Perang Iraq, Bosnia, Afghanistan dan persengketaan di Acheh dan Yaman

0 comments:

Post a Comment